PERLANCONGAN


TAMAN REKREASI AIR PANAS LA

Kolam Air Panas La yang bersempadan dengan kawasan Hutan Simpan Gunung Tebu dan Felda Tenang, Hulu Besut. Tapak yang sedang dibangunkan merangkumi keluasan 5.79 Hektar dan terletak kira-kira 35 kilometer dari Bandar Jerteh.Kolam Air Panas La merupakan kawasan hutan asli yang terdiri dari pelbagai spesis pokok.Kolam Air Panas La (La Hot Spring) terhasil daripada mata air panas sulfur dipercayai dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada kesihatan tubuh terutamanya yang menghadapi masalah kulit dan saraf.

Dua buah kolam mandi Air Panas(Hot Sulphur Bath) terbuka telah direka dan dibina bagi mengantikan kolam sedia ada. Sejumlah 21 unit kolah mandi direkabentuk untuk kegunaan pengunjung lelaki manakala 13 unit untuk pengunjung wanita. Kemudahan-kemudahan lain yang akan dibina termasukan kemudahan tandas dan persalinan yang berasingan, Pusat Penerangan Perlancongan, kawasan perkelahan dan tempat letak kenderaan. Air Panas sulfur dari dua punca utama di dalam Kawasan Hutan Simpan disalurkan melalui tangki penyimpanan bermuatan 40,000 gelen yang telah siap dibina.Kemudahan kawasan perkhemahan cukup untuk pengunjung menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Selain itu kemudahan -kemudahan lain juga turut disediakan antaranya surau, penginapan chalet dan kedai-kedai menjual makanan.

Tempat Rehat yang disediakan

Punca Air Panas dari celah batu

Kolam Air Panas Semulajadi



AIR TERJUN LATA TEMBAKAH


Lata Tembakah terletak di Hutan Simpan Pelagat dalam Daerah Besut. Ianya merangkumi kawasan seluas 300 hektar dan terletak kira-kira 24Km dari Bandar Jerteh dan 130Km dari Bandar Kuala Terengganu. Kawasan hutan lipur ini mula dimajukan pada tahun 1987 dan menjadi tarikan pengunjung-pengunjung dari dalam dan luar negeri disebabkan oleh beberapa keistimewaan yang terdapat disini seperti tumbuh-tumbuhan semulajadi, air sungai yang bersih, air terjun yang menarik dan kolam-kolam semulajadi yang sangat sesuai untuk tujuan perkelahan bersama keluarga.

Lata Tembakah juga sangat popular sebagai destinasi untuk menjalankan aktiviti perkhemahan. Setiap hujung minggu ataupun cuti sekolah, tempat ini tidak penah sunyi kerana sentiasa dihidupkan dengan pelbagai kem-kem kesedaran bina insan, jati diri, pengakap, kadet polis dan sebagainya. Lata Tembakah menjadi tumpuan bukan sahaja penduduk setempat malah mereka yang tinggal di luar kawasan Besut juga turut mengunjungi Lata ini.Jambatan gantung yang disediakan selain air terjun dan batu-batan yang cantik sememangnya cukup menyejukan mata yang memandang.


0 Responses