SEJARAH KG BUKIT PAYONG

Seperti Kampung-kampung lain,Kampung Bukit Payong juga mempunyai sejarahnya yang
tersendiri. Kampung ini mengambil nama sempena sebuah bukit yang tertinggi di kawasan ini dengan sebatang pokok yang besar dan rendang berbentuk seperti payung di kemuncaknya. Maka penduduk telah sepakat memberi nama "Bukit Payong".

Kampung Bukit Payong dibuka sekitar tahun 1960, selepas peristiwa beberapa buah keluarga dari Kampung Lama Seberang Sungai Besut seperti Kampung Denger, Kampung Gelugur, Kampung Gobek, Kampung Tenang, Dusun Bubur dan Kampung Teluk berpindah ke penempatan baru ini. Sejak dari itu Bukit Payong semakin berkembang sehinggalah sekarang.

Bukit Payong, Jerteh merupakan sebuah perkampungan yang sederhana besar dengan kapasiti penduduk yang tidak begitu ramai. Rata-rata penduduk di sini mengusahakan tanaman getah untuk menyara kehidupan sekeluarga. Manakala 30 peratus daripada jumlah penduduk Bukit Payong bekerja sebagai kakitangan kerajaan, pekerja sektor swasta dan berniaga kecil-kecilan.

Menariknya tentang Bukit Payong ini ialah suasana kampungnya yang aman dan damai. Malah ia juga berhampiran dengan Air Terjun Lata Tembakah yang cukup popular di Negeri Terengganu. Kampung Bukit Payong terletak kira-kira 17Km dari Bandar Jerteh. Kampung ini terbahagi kepada bahagian iaitu Kampung Bukit Pyong Dalam dan Kampung Bukit Payong Luar.

Kampung Bukit Payong terletak diantara 3 buah sungai, di Utara Engga Sempadan dengan Kampung Padang Bual, di Selatan Sungai Patung berSempadan dengan Kampung Bekok, di sebelah Barat dipisahkan dengan kampung Lama oleh Sungai Besut dan di bahagian Timur pula melebar hingga ke Sempadan Hutan Simpan Gunung Tebu.


1 Response
  1. Unknown Says:

    Salam. Saya mencari sebuah keluarga di Kg bukit Payung yang disebabkan kesempitan hidup telah menyerahkan anak lelaki yang baru dilahirkan pada tahun 1987 kpd sebuah keluarga yang mempunyai 2 orang anak perempuan yg berasal dari Ipoh,Perak. Dengan izin Allah saya sdg berusaha dan ingin mpertemukan semula keluarga tersebut dgn anak yg diserahkan bg menyambung hubungan silaturrahim, Harap tuan dapat mbantu saya merealisasikan usaha saya ini. sekian dan jutaan terima kasih. Saya boleh dihubungi di talian 012 6767280 atau whatsapp 011 111 77 490. Assalamualaikum